Kamis, 13 Januari 2011

* 9 Ciri-Ciri Wanita yang Diidamkan=


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

=9 Ciri-Ciri Wanita yang Diidam-idamkan=

 1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung bagi Pria yang beristerikan dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya juga penampilannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh setiap Pria. Kalau cantik, itu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama fofularitas atau status dan juga Uwang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu yang semata-mata kerana menghendki  harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-kanakan atau yang ada sifat manjanya, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-kanakan itu tidak melampaui batas tapi cukup asal dapat menyesuaikan diri sehingga tidak menampakkan seperti wanita yang kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah untuk dipisahkan. Dan mereka akan kelihatan lebih dan bertambah cantik jika bijak dan pandai merawat diri serta menjaga penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang menghendaki wanita yang pandai menjaga kecantikannya, sehingga ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlaq Mulia

Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita sholehah. Wanita adalah hiasan dunia, dan Seindah-seindahnya hiasan dunia adalah wanita solehah.Sehingga  mereka menjadi ratu bagi keluarganya menjadi ibu dan isteri, serta kekasih dan merupakan tempat bernaung dan bemanja bagi suami dan juga Anak-anaknya.

6. Tidak Mempamerkan Keseksian diluaran

Lelaki suka menjamu matanya dengan melihat aurat wanita, akan tetapi janganlah sampai menimbulkan maksiat namun cukuplah menjadikanya isteri sebagai penghias keindahan bagi dirinya. tetapi wanita itu tidak menampakkan seolah-olah barang pameran untuk mata para lelaki diluaran.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet dapat menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil namun bisa berakibat patal.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka maupun duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis paras wajahnya dan sejuk dipandang matanya, akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: - Shopan satun

.:: - Senantiasa menampakan wajah ceria

.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: - Menutup aurat

.:: - Ramah dan mesra

.:: - Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain


Baik terhadap saudara dan keluarga.


Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Semoga apa yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri Anda dan menjadi kayu pengukur dalam keperibadian akhlaq diri dan juga Bagi Anda serta pasangan Anda.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, coba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Coba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kata bila kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, dan mau memperbaikinya dengan secara berkesinambungan maka Insya allah Anda akan dapat meraih kebahagiaan dan fahamilah bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafkan antara satu sama dengan lainnya pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan tidur menikmati keindahan alam impian.

Lantas, gunakanlah kelebihan dan kekuatan yang ada untuk menciptakan  kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri saya yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua. Wallahu ‘alam..

Semoga bermanfa'at

Salah Dan Hilaf andai ada kata yg kurang berkenan mohon dima'afkan
Ana Nurassajati purnama Alam,  Andhika Al-banjari Mtp Insaniah Fakir Hamba Allah yg tiada daya dan Upaya,yg benar itu datangnya daripada Allah SWT,dan yg salah itu datangnya daripada kelemahan diri ana pula..Wassalam.


dan tak lupa. Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abadaa


Tidak ada komentar:

Posting Komentar