Selasa, 29 Januari 2013

PESAN WASIAT BAGINDA RASULULLAH SAW. KEPADA SAIDINA ALI BIN ABU THALIB


Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh

Saudaraku..."
Inilah Pesanan dan Wasiat Baginda Nabi Muhammad saw kepada Saidina Ali bin Abu Thalib.

Wasiat yang sangat menarik dan boleh dijadikan
bahan renungan bersama,

Adalah wasiatnya kepada menantu Baginda, Saidina Ali bin Abu
Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim, perlu menjadikannya sebagai iktibar sehingga menjadikannya amalan.

"Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda iaitu:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia;
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu;
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu:
1. Jujur dalam berkata-kata;
2. Menjauhi segala yang haram;
3. Merendah diri.

"Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu:
1. Merahsiakan ibadahnya;
2. Merahsiakan sedekahnya;
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya;

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda iaitu:
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisab dirinya.
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Top of Form
 Selanjutnya..."
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali berkata: "Pada hari perkahwinan dengan
Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu:

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki" tempat mandi (hammam) tanpa
memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi
tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

"Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah'.
Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

"Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta"

(Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan
dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni
dia."

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu
memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.

• Ketahuilah engkau,
WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI
bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

"Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba.
Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan
menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

"Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau
benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah
engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang
bersumpah dusta dengan nama-Nya.

"Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan makihamun
dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada
akhirnya penyesalan.

"Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi
malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan
pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.

"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah
engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya.
Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada
kesabaran.

"Wahai Ali, perhitungkan (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

"Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada
diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan
juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi
hukuman. Maka dengan demikian , engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

"Wahai Ali, perbaikkan perhubungan antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan
kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

" Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan
kelepasan. Insya-Allah."

Demikianlah saudaraku yang dapat aku sampaikan semoga saja bermanfaat Aamiin...”Wassalam,-

1 komentar:

  1. Para ulamak hadis yang mengumpulkan hadis-hadis palsu sebenarnya sudah membincangkan hadis-hadis berkenaan wasiat Nabi kepada Saidina Ali. Mereka telah menyatakan bahawa kebanyakan wasiat tersebut adalah palsu. Al-Ajluni dalam kitabnya Kasyful Khafa’ telah menyatakan:
    وقال بعض المحققين إن وصايا علي المصدرة بيا كلها موضوعة إلا قوله عليه الصلاة والسلام يا علي أنت مني بمنـزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي.

    Ertinya: Berkata para ulamak yang telah membuat kajian: “Sesungguhnya wasiat Saidina Ali (ringkasan nama hadis wasiat Nabi kepada Saidina Ali) yang dimulakan dengan “Ya” ( “Ya Ali”: yang bererti “wahai Ali”) semuanya adalah palsu kecuali sabdaan baginda: “Wahai Ali, perumpamaan aku denganmu samalah seperti Nabi Musa dan Nabi Harun, namun tiada lagi Nabi selepasku”.

    http://tasekpauh.blogspot.com/2009/12/komentar-ringkas-buku-wasiat-nabi.html

    BalasHapus