Rabu, 03 September 2014

Hikmah Petikan Bagian ke 1 ),~ Kitab “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

Hikmah Petikan Dari Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani),~

Kitab “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar” atau “rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat diperlukan”....

Saudara-saudaratku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. 

Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala.

Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” 

Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. 

Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”.

 Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. 

Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. 

Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dan dengar, coba fahami. 

Langit ketidak sadaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. 

“(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. 

Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. 

Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: 

Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah 

Allah bimbingkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. 

Dan kamu akan memahami rahsia: 
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. 

Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.

Demikianlah untuk kali ini dan Insya Allah Bersambung...>

Hikmah Petikan Bagian ke 2 ),~ Kitab “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

” atau “ Kitab “rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat diperlukan”.

2. PENGENALAN,~

Bismillahir-Rahmanir-Rahim 
Segala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan  Wujud-Nya. 

Segala puji bagi Allah lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia yang mengandungi di dalamnya sebab-sebab ia diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia tentang Allah. 

Dihantarkan-Nya kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar dengan yang paling Perkasa di antara agama-agama. 
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajar oleh-Nya sendiri.

 Baginda s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung terakhir pada rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yang sedang hanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, dan dimuliakan dengan kitab suci yang paling suci dan paling mulia. 

Keturunan Baginda Nabi s.a.w adalah pembimbing bagi orang-orang yang mencari. Sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah pilihan dari kalangan orang yang baik-baik dan murah hati. 

Yaa Allah 'Semoga kesejahteraan dan keberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan kepada ruh-ruh mereka. Aamiin...

Saudaraku..."
Sesungguhnya yang paling berharga
Tentu sekali yang paling berharga di antara yang berharga, paling tinggi, permata yang tidak ternilai, barang perniagaan yang paling menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan.

 Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. 

Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi. 

Dia lebihkan mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada mereka. 

Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu mereka, yang dipilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada sekalian manusia. 

Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amat seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi.

Allah Yang Maha Tinggi memuji orang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan: 
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. (Surah Fatir, ayat 32).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamat”.

Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman: 
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah Fatir, ayat 28).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada hari pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: 

‘Wahai orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah ampunkan kamu’ ”.

Segala puji milik Allah, Tuhan sekalian alam lantaran Dia kurniakan makam yang tinggi kepada hamba-hamba-Nya yang taat dan memelihara mereka daripada dosa dan menyelamatkan mereka daripada diseksa. Dia berkati ahlul hikmah dengan menghampiri mereka.

Disebabkan 'Sebahagian daripada murid-murid kami meminta supaya kami sediakan sebuah buku yang memadai buat mereka. Yang Sesuai dengan permintaan dan keperluan mereka maka kami siapkan buku yang ringkas ini 

Melalui Situs Web Ini Dan " TIJAN = Titian-Jannah,' Iaitu Tangga Untuk Menggapai SurgaNya Dengan Demikian Semoga Saja Sajian Ini Dapat Bermanfaat Dan Mengobati Kerinduan Diantara Kita Dan Semoga Pula Memuaskan Bagi Mereka Dan Juga Yang Lainnya . Aamiin...

Yangmana Buku Ini Kami Namakan “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar” atau “rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya yang sangat diperlukan”.

Adapun dalam pekerjaan ini Insya Allah akan di dukung dan mendapatkan bimbingan dari para guru sehingga dapat diwujudkan dalam kenyataan dan diharapkan semoga dapat bermanfaat bagi kita sekalian 
dan semoga pula dalam kepercayaan ini kami dimudahkan didalam menjalankannya dan dibukakan dengan hidayah dan pertolonganNya. Aamiin...

Sehingga dengan demikian dapat dimanfaatkan oleh setiap orang yang memerlukannya.

Adapun rencananya di dalam penyampaiannya sekurang-kurangnya akan kami bahagi kepada 24 bab kerana terdapat 24 huruf di dalam pengakuan scui “La ilaha illah Llah, Muhammadun rasulu Llah” dan juga terdapat 24 jam dalam satu hari. 

Demikianlah yang dapat aku sampaikan untuk kali ini. 
dan Insya Allah kita kan berjumpa lagi dalam penyajian berikutnya Aamiin..."Wassalam,-

Selasa, 02 September 2014

Hikmah Petikan Bagian ke 3 ),~ Kitab “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

Atau Kitab “RahasiaDalam Rahsia-rahsia Yang Kebenarannya Sangat Diperlukan”.

3. PERMULAAN PENCIPTAAN
Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. 

Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.
Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. 

Dalam hadis Qudsi Dia berfirman: 

“Aku ciptakan ruh Muhammad dari pada cahaya Wajah-Ku”.
Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya: “Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”. 

“Mula-mula Allah ciptakan qalam”. 
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.
Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. 

Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman: 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”.
 (Al-Maaidah, ayat 15)

Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya.

Baginda Nabi s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya,“Aku dari pada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”. Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh Baginda Nabi s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah.

Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.
Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. 

Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”. (Surah Tin, ayat 15)

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). 

Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah’. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. 

Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’. 

Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging,dan berdarah. 
“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”. (Surah Ta Ha, ayat 55)

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk. 
“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. (Surah Shad, ayat 72) 

 Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal usul kejadian dan perjanjian mereka.
 Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka: 

“Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab:Iya, bahkan!.” 
Mereka lupa kepada ikrar mereka. 
Mereka lupa kepada asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka. 

Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hamba-hamba-Nya. 

Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka. 

“Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari Allah”. (Surah Ibrahim, ayat 5) 

Iaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah’.

Ramai rasul-rasul telah datang ke dunia ini, tuk melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. 

Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyadarkan manusia dari kelalaian mereka. 

Akan tetapi mereka yang mengingati-Nya, untuk kembali kepada-Nya, dan manusia yang ingin kembali kepada asal usulnya, hanyalah menjadi semakin berkurangan dan mereka terus berkurang dikarenakan ditelan zaman.

Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian. 

Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka  mata manusia iaitu membuka mata hati yang ketiduran. 

Dan tujuannya adalah untuk menyadarkan manusia dari kelalaiannya dan ketidaksadarannya dan tujuannya adalah untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan Zat Allah yang telah menciptakannya. 

Allah berfirman: 
“Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)”. (Surah Yusuf, ayat 108).

Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda, “Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. 

Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar”.
Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. 

Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.  

“Dan Kami telah  ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)”. (Surah Kahfi, ayat 65).

Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, yang tentunya mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.

Wahai anak-anak Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari! Bangunlah dan bertaubatlah kerana melalui taubat kamu akan memohon kepada Tuhan agar dikurniakan-Nya kepada kamu hikmah-Nya.

 Berusaha dan berjuanglah. Sebab Allah memerintahkannya: 
“Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu yang telah menyediakan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang diperuntukan bagi orang-orang yang berbakti kepadaNya. 

Dan "Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”.(Surah Imraan, ayat 133 & 134).

Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanian untuk kembali kepada Tuhan kamu.

 Pada satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini.

 Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan sekedar berak.
Sedangkan Roh penghulu kita menyaksikan kita. Yakni Baginda s.a.w berdukacita melihat keadaan kamu.

Sungguh Baginda  Nabi s.a.w telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hari dan apabila Baginda s.a.w bersabda,

 “Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian”. Apa sahaja yang datang kepada kamu datang dalam keadaan salah satu bentuk, secara nyata atau tersembunyi; 

Nyata dalam bentuk peraturan syarikat dan tersembunyi dalam bentuk hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita supaya mensejahterakan zahir kita dengan mematuhi peraturan syariat dan meletakkan batin kita dalam keadaan yang baik dan teratur dengan memperolehi hikmah kebijaksanaan atau makrifat. 

Bila zahir dan batin kita menjadi satu dan hikmah kebijaksanaan atau makrifat dengan peraturan agama (syariat) bersatu, seseorang itu sampai kepada makam yang sebenarnya (hakikat).

Maka “Dia alirkan dua laut, padahal kedua-duanya bertemu. Antara dua itu ada dinding yang kedua-duanya tidak mampu melewatinya”. (Surah Imraan, ayat 19 & 20).

Kedua-duanya mesti menjadi satu. Kebenaran atau hakikat tidak akan diperolehi dengan hanya menggunakan pengetahuan melalui pancaindera dan indera-indera tentang alam kebendaan. 

Dan dengan cara tersebut tidak mungkin dapat mencapai matlamat, pada sumber, iaitu Zat Nya. Sebab yang namanya Ibadat dan penyembahan memerlukan kedua-duanya, iaitu memperlakukan dua peraturan yakni peraturan syariat dan makrifat. 

Sebagaimana Allah berfirman tentang ibadat: 
“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”.
 (Surah Dzaariyat, ayat 56).

Dalam lain perkataan, ‘mereka diciptakan supaya mengenali Daku’. Jika seseorang tidak mengenali-Nya bagaimana dia bisa memuji-Nya dengan sebenar-benarnya, dan meminta pertolongan-Nya serta berkhidmat kepada-Nya?

Sedangkan mengenai 'Makrifat yang diperlukan untuk mengenali-Nya bisa dan boleh dicapai dengan menyingkap tabir hitam yang menutupi cermin hati seseorang, yankni dengan menyucikannya sehingga bersih dan menggilapkannya sehingga bercahaya.

 Kemudian perbendaharaan keindahan yang tersembunyi akan memancar pada rahsia cermin hatinya.

Sebagaimana Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya: 
“Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali”.

SEbagaimana tujuan suci dari diciptakannya manusia ialah supaya mereka mengenali Allah, memperolehi makrifatNya.

Ada dua peringkat makrifat yang suci. Seseorang itu perlu mengenali sifat-sifat Allah dan dalil-dalilnya yang menjadi kenyataan atau penzahiran bagi sifat-sifat tersebut. 

Satu hal lagi ialah mengenali Zat Allah. Di dalam mengenali sifat-sifat Allah manusia secara zahirnya dapat menikmati kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.

 Makrifat yang memimpin kepada Zat Allah tidak diperolehi dengan melalui diri secara zahir tetapi manusia.Harus melaluinya dengan sarana batin. Dan itu baru bisa terjadi di dalam jiwa manusia yang suci atau roh suci  yang berada di dalam dirinya yang zahir ini.

“Dan Kami telah perkuatkan dia (Isa) dengan roh kudus”. (Surah Baqarah, ayat 87).

Orang yang mengenali Zat Allah menemui kuasa ini melalui roh kudus (suci) yang dikurniakan kepada mereka. Yakni Kedua-dua makrifat tersebut yang diperolehi dengan hikmah kebijaksanaan yang mempunyai dua aspek; 

Iaitu hikmah kebijaksanaan kerohanian yang di dalamnya terkandung  pengetahuan dan pengetahuan zahirnya tentang benda-benda nyata. 
Yangmana Kedua-duanya diperlukan untuk mendapatkaan kebaikan. 

Nabi s.a.w bersabda, :
ilmu “Pengetahuan ada dua bahagian. Satu pada lidah yang menjadi dalil tentang kewujudan Allah, satu lagi di dalam hati manusia. Inilah yang diperlukan bagi melaksanakan harapan kita”.

Pada peringkat permulaannya seseorang itu memerlukan pengetahuan syarikat atau syariat. Dan ini memerlukan pendidikan yang mengenalkan dalil-dalil luar tentang Zat Allah dan yang menyata di dalam alam sifat-sifat Nya dan juga Nama-namanya. 

Apabila bidang ini telah sempurna maka sampailah giliran pendidikan kerohanian tentang rahsia-rahsia, di mana seseorang itu masuk ke dalam bidang makrifat yang murni untuk mengetahui (hakikat) yang sebenarnya.

 Pada peringkat yang pertama seseorang itu mestilah meninggalkan segala-galanya yang tidak diperbolehkan oleh syariat malah,
 kesilapan di dalam melakukan perbuatan yang baik saja mestilah dihapuskan.

 Perbuatan yang baik mestilah dilakukan dengan cara yang baik dan juga  betul, sebagaimana keperluan pada jalan sufi. Keadaan ini juga boleh dicapai dengan melatih diri

 Asalkan jangan melakukan perkara-perkara yang tidak dipersetujui oleh ego atau keinginan diri sendiri dan melakukan amalan yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu. 

Berhati-hatilah di dalam beramal agar amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan kepada orang lain. Dan semuanya mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah, dan demi mencari keridha'an-Nya.

 Allah berfirman: 
“Barangsiapa berharap menemui Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).

Apa yang dihuraikan sebagai daerah makrifat itu adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama.

 Ia adalah permulaan dan merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana. 

Di samalah roh suci dijadikan. Apa yang dimaksudkan dengan roh suci adalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentuk yang paling baik.

Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam di tengah-tengah hati sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan dengan selamat. 

Ia bangkit dan menyata melalui taubat yang bersungguh-sungguh dan berusaha sebenar-benarnya mempelajari agama. 

Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu mengingati Allah terus menerus, mengulangi kalimah “La ilaha illah Llah”. 

Pada mulanya kalimah ini diucapkan dengan lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam, dengan hati.

Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang demikian dengan menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati, dibelai dan dibesarkan di sana. 

Hati memainkan peranan seperti ibu, melahirkannya, menyusui, memberi makan dan memeliharanya. 

Jika anak-anak diajarkan kepakaran keduniaan untuk kebaikannya,maka bayi hati pula diajarkan makrifat zasmaninya. Sebagaimana kanak-kanak bersih daripada dosa, bayi hati pun adalah tulen, bebas daripada kelalaian, ego dan keragu-raguan. 

Kesucian bayi biasanya tampak dalam bentuk zahir yang cantik. Dalam mimpi, kesucian dan ketulenan bayi hati muncul dalam rupa malaikat.

 Manusia berharap mendapat ganjaran syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi hadiah-hadiah yang didatangi dari syurga didatangkan ke mari melalui tangan-tangan bayi hati. 

“Dalam kebun-kebun kenikmatan…melayani mereka anak-anak muda yang tidak berubah keadaan mereka”. (Surah Waqi’ah, ayat 12 – 17 ). 

“Melayani mereka adalah anak-anak muda laksana mutiara yang tersimpan”. (Surah Tur, ayat 24).

Mereka adalah anak-anak kepada hati, menurut yang diilhamkan kepada sufi, dipanggil anak-anak kerana keelokan dan keaslianan mereka. 

Keindahan dan ketulenan mereka menyatu dalam kewujudan zahir, dalam darah daging, dalam bentuk manusia.

Oleh kerana keelokan dan kelembutan sifatnya ia dinamakan anak-anak hati, tetapi dia adalah manusia sejati yang mampu mengubah bentuk kejadian atau ciptaan kerana dia berhubung erat dengan PenciptaNya sendiri.

 Dia adalah wakil sebenar kemanusiaan. Di dalam kesedarannya tidak ada sesuatu malah dia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu. Tiada hijab, tiada halangan di antara kewujudannya dengan Zat Allah.

Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan suasana demikian sebagaimana sabda Baginda Nabi s.a.w, “Ada masa aku dengan Allah di mana tiada malaikat yang hampir dan tidak juga nabi yang diutus”.

 Maksud ‘nabi’ di sini ialah kewujudan lahiriah yang sementara bagi Rasulullah s.a.w sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan Allah ialah cahaya suci Muhammad s.a.w, kejadian pertama. 

Dalam suasana kerohanian itu menurut Baginda s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya dengan Allah. 

Baginda s.a.w menggambarkan lagi suasana demikian, “Ada syurga Allah yang tidak ada mahligainya dan taman-taman atau sungai madu dan susu, syurga yang di dalamnya seseorang hanya menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci”. 

Allah s.w.t berfirman: 
“Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya dia memandang”. (Surah Qiamat, ayat 22 & 23).

Pada suasana atau makam tersebut jika seseorang makhluk termasuklah malaikat mendekatinya kewujudan badannya akan terbakar menjadi abu. Allah s.w.t berfirman melalui rasul-Nya: 

“Jika Aku bukakan penutup sifat keperkasaan-Ku dengan bukaan yang sangat sedikit sahaja, semua akan terbakar sejauh yang dilihat oleh pandangan-Ku”.

Jibrail yang menemani Nabi Muhamamd s.a.w pada malam mikraj, apabila sampai di Sidratul Muntaha, telah mengatakan jika dia melangkah satu langkah sahaja lagi dia akan terbakar menjadi abu. 

Demikianlah untuk kali ini dan Insya Allah bersambung...>

Hikmah Petikan Bagian ke 4 ),~ Kitab “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

Atau Kitab “RahasiaDalam Rahsia-rahsia Yang Kebenarannya Sangat Diperlukan”.

4. MANUSIA KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN, KEPADA ASAL USUL / PERMULAAN MEREKA

Manusia dipandang daripada dua sudut; wujud lakhiriah dan wujud rohaninya.
 Didalam segi kewujudan lahiriahnya keadaan dari kebanyakan manusia itu adalah berkurang lebihlah di antara satu sama lainnya.

Oleh karena itu peraturan kemanusiaan yang umum boleh dan bisa digunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka. 

Dalam sudut kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujud lahiriah, setiap manusia adalah berbeda. Jadi, peraturan yang khusus mengenai diri masing-masing diperlukan.

Manusia boleh kembali kepada asalnya dengan mengikuti peraturan umum, dengan mengambil langkah-langkah tertentu.

Tapi mestilah dia mengambil peraturan agama yang jelas dan mematuhinya. Dengan demikian dia boleh maju ke hadapanNya.Dan dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi

sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau peringkat kerohanian, masuk ke daerah makrifat. 
Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w, sepertimana disana “Ada suasana yang segala-galanya berkumpul dan di sana   adanya makrifat yang murni”.

Namun untuk sampai ke peringkat tersebut diperlukan membuang kepura-puraan dan kepalsuan yang seakan melakukan kebaikan padahal hanya sekedar menunjukan.

Kemudian dia perlu menetapkan tiga matlamat.

Tiga matlamat tersebut sebenarnya adalah tiga jenis syurga. Yang pertama dinamakan Ma’wa – syurga tempat kediaman yang aman. Ia adalah syurga duniawi.

Kedua, Na’im – taman keridaan Allah dan kurniaan-Nya kepada makhluk-Nya. Ia adalah syurga di dalam alam malaikat.

Ketiga dinamakan Firdaus – syurga alam tinggi. Ia adalah syurga pada alam kesatuan akal asbab, rumah kediaman bagiroh-roh, medan bagi nama-nama dan sifat-sifat.

 Kesemua ini adalah balasan, dari kebaikan Allah atas amal perbuatan manusia dan manusia yang berjasa akan nikmati dalam usahanya di sepanjang tiga peringkat ilmu itu...

pengetahuan yang berturut-turut; usaha mematuhi peraturan syariat; dengan usaha untuk menghapuskan yang tak terhitung pada dirinya, disebabkan ia telah mampu melawan penyebab yang menimbulkan suasana yang tiada terbilang itu

(Dimungkinkan arti dari ketiga surga itu diantaranya adalah syurga Ma'wa iaitu bagi mereka yang telah membebaskan diri dari hawa nafsyu duniawi, ke dua 'syurga Na'im artinya adalah setelah ikhlas menerima segala ketetapanNya, dan ke tiga syurga Firdaus adalah ketenangan hati atau basiroh Qalbunya),

Iaitu bebas dari segala ambisi dan kehendak diri “...iaitu ego diri sendiri, sedangkan bagi mereka yang mencapai peringkat penyatuan dan kehampiran dengan Sang Pencipta; 

Menjadikan dirinya hingga akhirnya tercapailah usahanya untuk mencapai makrifat, di mana dia mengenali Tuhannya.

 Peringkat pertama dinamakan syariat, kedua tarekat dan ketiga makrifat.

Dalam hal ini Baginda Nabi Muhammad s.a.w, menyimpulkan keadaan-keadaan tersebut dengan sabdanya 

Disana “Adanya semua suasana dan segala-galanya di kumpulkan dan ia adalah hikmah kebijaksanaan (makrifat)”.

Baginda s.a.w juga bersabda, 
“Dengannya seseorang mengetahui kebenaran (hakikat), yang berkumpul di dalamnya sebab-sebab dan semua kebaikan.

Kemudian seseorang itu mesti bertindak atas kebenaran (hakikat) tersebut.

Dia juga perlu mengenali kepalsuan dan bertindak ke atasnya dengan meninggalkan segala yang demikian”. 

Baginda s.a.w mendoakan, 
“Ya Allah, tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu.

Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami untuk meninggalkannya”. 

Orang yang kenal dirinya dan menentang keinginannya yang salah dengan segala kekuatannya akan sampai kepada mengenali Tuhannya dan akan menjadi taat kepada kehendak-Nya.

Semua ini adalah peraturan umum yang mengenai diri zahir manusia.

Kemudian ada pula aspek diri rohani atau diri batin manusia yang merupakan insan yang asli, adalah suci bersih dan murni.

Maksud dan tujuan diri ini hanya satu iaitu kehampiran secara keseluruhan kepada Allah s.w.t. Dan hanya ada satu cara saja untuk mencapai suasana yang demikian itu, iaitu pengetahuan tentang yang sebenarnya (hakikat).

 Didalam daerah wujud penyatuan ini mutlak, diperlukan pengetahuan yang dinamakan ‘Ilmu usuludin, iaitu  adalah hukum diantara keduanya sehingga menjadi satu, satu kesatuan dari keesaanNya.

Matlamat pada jalan tersebut harus diperolehi di dalam kehidupan ini. Sebab di dalam suasana itu tiada beda diantara tidur dengan jaga kerana di dalam tidur roh berkesempatan membebaskan dirinya untuk kembali kepada asalnya.

Sebagaimana di alam arwah, dan dari sana kembali kepada kesemula iaitu ke sini dengan membawa berita-berita dari alam ghaib.

Fenomena ini dinamakan mimpi.

Dalam keadaan mimpi ia berlaku secara sebahagian-bahagian. Ia juga boleh berlaku secara menyeluruh seperti israk dan mikraj Rasulullah s.a.w.

Allah berfirman: 
“Allah memegang jiwa-jiwa ketika matinya dan yang tidak mati, dalam tidurnya, lalu Dia tahan yang dihukumkan mati atasnya dan Dia lepaskan yang lain”. (Surah Zumaar, ayat42).

Nabi s.a.w bersabda, 
“Tidur orang alim lebih baik daripada ibadat orang jahil”. 
Orang alim adalah orang yang telah memperolehi pengetahuan tentang hakikat atau yang sebenarnya, yang tidak berhuruf, tidak bersuara.

Pengetahuan demikian diperolehi dengan terus menerus mendzikirkan Asma nama keesaanNya Yang Maha Suci dengan lidah rahsianya.

Orang alim adalah orang yang zat dirinya ditukarkan kepada cahaya suci oleh cahaya keesaan Allah.

Allah berfirman melalui rasul-Nya: 
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya. Pengetahuan batin tentang hakikat roh adalah rahsia kepada rahsia-rahsia-Ku. Aku campakkan ke dalam hati hamba-hamba-Ku yang baik-baik dan tiada siapa tahu Keadaannya melainkan Aku.” 

“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku mengenali Daku. Bila dia mencari-Ku dan ingat kepada-Ku, Aku besertanya. Jika dia mencari-Ku di dalam, Aku mendapatkannya dengan Zat-Ku. Jika dia ingat dan menyebut-Ku di dalam jemaah yang baik, Aku ingat dan menyebutnya di dalam jemaah yang lebih baik”.

Segala apa yang dikatakan di sini jika engkau berhasrat untuk mencapainya maka perlulah melakukan tafakur untuk mendapatkannya–

Cara mendapatkaannya adalah dengan pengetahuan yang demikian jarang digunakan oleh kebanyakan orang. 

Nabi s.a.w bersabda, 

“Satu saat bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat”.

 “Satu saat bertafakur lebih bernilai dari pada tujuh puluh tahun beribadat”.

 “Satu saat bertafakur lebih bernilai dari pada seribu tahun beribadat”.

Karena nilai dari sesuatu amalan itu tersembunyi di dalam hakikat kepada yang sebenarnya.

Perbuatan bertafakur di sini nampaknya mempunyai nilai yang berbeza.

Barang siapa yang merenungi sesuatu perkara dan mencari penyebabnya dia akan mendapati setiap bahagian perkara yang mana setiap perkaranya mempunyai bahagian-bahagian sendiri dan dia juga mendapati setiap sesuatu itu menjadi penyebab kepada berbagai-bagai perkara lain. Oleh karena itulah makanya disini Baginda Nabi s.a.w. menyatakan bahwa Renungan begini lebih bernilai satu tahun beribadat.

Dan barang siapa yang merenungi kepada pengabdiannya dan mencari penyebab dari alasannya sehingga dia dapat mengetahui yang demikian, itu maka dengan perenungannya itu bernilai lebih dari pada tujuhpuluh tahun ibadat.

Barang siapa yang merenungkan hikmah kebijaksanaan Ilahi dalam bidang makrifat dengan segala kesungguhannya untuk mengenal Allah Yang Maha Tinggi, dan merenungkannya maka bernilai lebih daripada seribu tahun ibadat kerana ini adalah ilmu pengetahuan yang sebenarnya.

Pengetahuan yang sebenarnya adalah suasana keesaan.

Orang arif yang menyintai pastinya menyatu dengan yang dicintainya.

Dan orang yang dimabuk cinta dia akan lari dari alam kebendaan dan terbang tinggi dengan sayap kerohaniannya hingga mencapai kepada puncak pencapaiannya.

Begitu pula bagi ahli ibadat ia akan berjalan di dalam syurga, sementara orang arif terbang kepada kedudukan berhampiran dengan Tuhannya. 

Para pencinta mempunyai mata pada hati mereka 
mereka memandang sementara yang lain terpejam 
sayap yang mereka miliki tanpa daging tanpa darah 
mereka terbang ke arah malaikat Tuhan jualah yang dicarinya.!

Penerbangan ini terjadi di dalam alam kerohanian orang arif.

 Para arifbillah mendapat penghormatan dipanggil insan sejati, menjadi kekasih Allah, sahabat-Nya yang akrab,pengantin-Nya.

Sebagaimana ‘Bayazid al-Bustami berkata,“Para Pemegang makrifat adalah pengantin Allah Yang Maha Tinggi”.

Hanya pemilik-pemilik ‘pengantin yang pengasih’ mengenali mereka dengan dekat dan secara mesra..

 Orang-orang arif yang menjadi sahabat akrab Allah, walaupun sangat cantik, tetapi ditutupi oleh keadaan luaran yang sangat sederhana, seperti manusia biasa.

Maka ‘’Allah berfirman melalui rasul-Nya: 
“Para sahabat-Ku tersembunyi di bawah kubah-Ku. Tiada yang mengenali mereka kecuali Aku”.

Kubah yang di bawahnya Allah sembunyikan sahabat-sahabat akrab-Nya adalah keadaan mereka yang tidak terkenal, rupa yang biasa sahaja, sederhana dalam segala halnya. 

Bila melihat kepada pengantin yang ditutupi oleh tabir perkahwinan, apakah yang dapat dilihat kecuali tabir itu?

Yahya bin Muadh al-Razi berkata,

“Para kekasih Allah adalah air wangi Allah di dalam dunia.

Tetapi hanya orang-orang yang beriman yang benar dan jujur sahaja dapat menciumnya”.

 Mereka mencium keharuman baunya lalu mereka mengikuti bau itu.

Keharuman itu mengwujudkan kerinduan terhadap Allah dalam hati mereka. Masing-masing dengan cara tersendiri memper cepatkan langkahnya, menambahkan usaha dan ketaatannya.

Darjah kerinduannya, keinginannya dan kelajuan perjalanannya bergantung kepada berapa ringan beban yang dibawanya,sejauh mana dia telah melepaskan diri dari keben daan dan keduniaannya.

Semakin banyak seseorang itu menanggalkan pakaian dunia yang kasar ini maka semakin dia merasakan kehangatan.

 Penciptanya dan semakin hampirlah kepada permukaan akan  muncul diri rohaninya.

Dan kehampiran dengan yang sebenar-benar (hakikat) bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melepaskan kebendaan dan keduniaannya yang telah menipu daya kannya.

Penanggalan atau menanggalkan aspek yang berbilang-bilang pada diri membawa seseorang hampir dengan satu-satunya kebenaran.

Orang yang akrab dengan Allah adalah orang yang telah membawa dirinya kepada keadaan kekosongan.

Hanya selepas itu baharulah dia dapat melihat kewujudan yang sebenarnya (hakikat). Disebabkan tidak ada lagi kehendak pada dirinya untuk membuat sebarang pilihan.

Tidak ada lagi ke ‘aku’an, yang tinggal,kecuali kewujudan  satu-satunya iaitu yang sebenarnya (hakikat). Walaupun berbagai-bagai kekeramatan ada yang muncul melalui dirinya sebagai pembuktian dari kedudukannya,

dia tidak akan terkena dengan segala pengaruh itu dan apa pun yang mengenai dengan semua itu. Di dalam suasananya tidak ada pembukaan terhadap rahsia-rahsianya itu kerana membuka rahsia Ilahi adalah kekufuran.

Di dalam buku yang bertajuk “Mirsad” ada dituliskan, ‘Semua orang yang kekeramatan zahir melalui mereka adalah ditutupi dari padanya dan tidak memperdulikan keadaan tersebut.

Bagi mereka masa kekeramatan yang muncul melalui mereka hanya dianggap  sebagai masa perempuan yang lagi keluar darah haidnya  .

Wali-wali yang hampir dengan Allah perlu mengembara sekurang-kurangnya seribu peringkat, yang pertamanya ialah pintu kekeramatan.

Dan hanya merekalah yang berhasil dan selamat dan jika seandainya ia mampu melepasi dirinya dari pintu ini tanpa dicederai dengan adanya kekeramatan yang datang itu.

Maka dengan demikian mereka akan meningkat kepada peringkat-peringkat lain yang jauh lebih tinggi. Akan tetapi jika mereka terlena artinya mereka tidak akan sampai ke mana-mana. 
  
Demikianlah untuk kali ini dan Insya Allah bersambung....>

Hikmah Petikan Bagian ke 5 ),~ Kitab “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

” Atau," Kitab “Rahasia Dalam Rahsia-rahsianya yang kebenarannya sangat diperlukan”. 

 5: PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT RENDAH YANG PALINGBAWAH

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan roh suci sebagai ciptaan yang paling sempurna, yang pertama diciptakan, di dalam alam keberadaan mutlak bagi Zat-Nya.

Kemudian Dia berkehendak mengirimkannya ke alam rendah. Tujuan Dia melakukannya adalah untuk mengajar roh suci menemukan jalan kembali kepada yang nyata di tingkat Maha Kuasa, menemukan posisinya sebelumnya yang hampir dan akrab dengan Allah.

Dikirimkan-Nya roh suci ke halte utusan-utusan-Nya, wali-wali-Nya, kekasih-kekasih dan sahabat-sahabat-Nya.

Dalam perjalanannya, Allah mengirimkannya pertama ke posisi akal asbab bagi ke esaan, bagi roh universal, alam nama-nama dan sifat-sifat Ilahi, alam hakikat kepada Muhammad saw.

Roh suci memiliki dan membawa bersamanya benih kesatuan.

Setelah melalui alam ini ia dipakaikan cahaya suci dan dinamakan 'roh sultan'. Apabila melalui alam malaikat yang menjadi perantara kepada mimpi-mimpi, ia mendapat nama 'roh perpindahan'.

Bila akhirnya ia turun ke dunia materi ini ia dibaluti dengan daging yang Allah ciptakan untuk kesesuaian makhluk-Nya.

 Ia dibaluti oleh materi yang kasar untuk menyelamatkan dunia ini karena dunia kebendaan jika berhubungan langsung dengan roh suci maka dunia kebendaan akan terbakar menjadi abu.

Dalam hubungannya dengan dunia ini ia dikenal sebagai kehidupan, roh manusia.

Tujuan roh suci dikirim ke tempat ciptaan yang paling rendah ini adalah agar ia menemukan jalan kembali ke posisinya yang asli, makam jarak, ketika ia masih di dalam bentuk berdaging dan bertulang ini.

Ia harus datang ke alam benda yang kasar ini, dan dengan melalui hatinya yang berada di dalam mayat ini, menanamkan benih kesatuan dan menunbuhkan pohon keesaan di dalam dunia ini.

Akar pohon masih berada di tempat asalnya.

Dahannya memenuhi ruang kebahagiaan, dan di sana demi keridhaan Allah, mengeluarkan buah kesatuan.

Kemudian didalam bumi hati roh itu menanamkan benih agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok agama agar diperoleh buahnya, tiap satunya akan menaikkannya ke tingkat yang lebih dekat dengan Allah.

Allah membuat jasad-jasad atau tubuh-tubuh untuk dimasuki oleh roh-roh dan bagi roh-roh ini masing-masing memiliki nama yang berbeda-beda.

Dia bina ruang penyesuaiannya di dalam tubuh. Ditempatkan-Nya roh manusia, roh kehidupan diantara daging dan darah. Ditempatkan-Nya roh suci di tengah-tengah hati, dimana dibina ruang bagi materi yang sangat seni (unik) untuk menyimpan rahasia diantara Allah dengan hamba-Nya.

Roh-roh ini berada pada tempat yang berbeda-beda dalam tubuh, dengan tugas yang berbeda, pula urusannya, dan masing-masing seumpama pembeli dan penjual barang yang berbeda, masing-masing mendapatkan manfaat yang berbeda.

Bisnis mereka selalu membawakan kepada mereka banyak manfaat dalam bentuk kenikmatan dan rahmat dari Allah.

"Dari apa yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan,(mereka) mengharapkan bisnis yang tidak akan rugi". (Surah Fatir, ayat29).

Layaklah bagi setiap manusia mengetahui urusannya di dalam alam keberadaan dirinya sendiri dan memahami tujuannya.

 Dia harus mengerti bahwa dia tidak bisa mengubah apa yang telah dihukumi benar untuknya dan digantungkan dilehernya.

Bagi orang yang ingin mengubah apa yang telah dihukumkan untuknya, yang terikat dengan ambisi dan dunia ini.

Allah berkata:
"Tidaklah (ingin) dia ketahui (bagaimana kondisi) ketika diekspos apa-apa yang di dalam kubur? Dan di ungkapkan apa-apa yang di dalam dada? "(Surah 'Aadiyat, ayat9).

"Dan tiap-tiap manusia Kami gantungkan (catatan) amalannya pada tengkuknya ..."(Surah Bani Israil, ayat 13).

Demikianlah untuk kali ini dan Insya Allah bersambung....>

Hikmah Petikan Bagian ke 6 ),~ Kitab “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

Atau Kitab “RahasiaDalam Rahsia-rahsia Yang Kebenarannya Sangat Diperlukan”.

6 : TEMPAT ROH-ROH DI DALAM BADAN

Tempat roh manusia, roh kehidupan, di dalam tubuh adalah dada.
Tempat ini berhubung dengan panca indera dan sensasi. Urusan atau bidangnya adalah agama.Pekerjaannya adalah mentaati perintah Allah. Dengan peraturan yang ditentukan-Nya, Allah memelihara dunia nyata ini dengan teratur dan harmonis.

Roh itu bertindak menurut kewajiban yang ditentukan oleh Allah, tidak menganggap perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri karena dia tidak berpisah dengan Allah.

Perbuatannya dari Allah; tidak ada perpisahan di antara 'aku' dengan Allah di dalam tindakan dan ketaatannya.
"Barang siapa percaya akan bertemuTuhannya harus mengerjakan amal saleh dan janganlah ia mempersekutukan sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya". (Surah Kahfi, ayat 110).

Allah adalah esa dan Dia mencintai yang bersatu dan satu. Dia ingin semua penyembahan dan semua amal kebaikan,yang Dia anggap sebagai pengabdian kepada-Nya, menjadi milik-Nya semata-mata, tidak dibagi dengan apa saja.

Jadi, seseorang tidak membutuhkan persetujuan atau hambatan dari siapa pun di dalam pengabdiannya kepadaTuhannya, juga amalannya bukan untuk kepentingan duniawi. Semuanya semata-mata karena Allah. 

Suasana yang diproduksi oleh petunjuk Ilahi seperti menyaksikan bukit-bukti keberadaan Allah di dalam alam nyata ini;
kenyataan sifat-sifat-Nya, kesatuan didalam yang banyak, fakta di balik yang nyata, jarak dengan Pencipta, semuanya adalah imbalan bagi praktek kebaikan yang benar dan ketaatan tanpa pamrih.

Namun, semuanya itu di dalam taklukan alam benda, dari bumi yang di bawah kaki kita sampai ke langit-langit. Termasuk juga di dalam taklukan alam dunia adalah kekeramatan yang muncul melalui seseorang,misalnya berjalan di atas air, terbang di udara, berjalan dengan cepat,mendengar suara dan melihat gambaran dari tempat yang jauh atau bisa membaca pikiran yang tersembunyi.

Sebagai imbalan terhadap praktek yang baik manusia juga diberikan nikmati di akhirat seperti surga, khadam-khadam,bidadari, susu, madu, anggur dan lain-lain. Semuanya itu merupakan nikmat surga tingkat pertama, surga dunia.

Tempat 'roh perpindahan atau roh transisi' adalah di dalam hati. Urusannya adalah pengetahuan tentang jalan spiritual.Kerjanya berkait dengan empat nama-nama pertama bagi nama-nama Allah yang indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang lain empat nama tersebut tidak termasuk di dalam batas suara dan huruf.

Jadi, ia tidak dapat disebut. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
"Kepunyaan Allah-lah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut". 
(Surah A'raaf, ayat180).

Firman Allah di atas menunjukkan tugas utama manusia adalah mengetahui nama-nama Tuhan. Ini adalah pengetahuan batin seseorang. Jika mampu memperoleh pengetahuan yang demikian dia akan sampai kemakam makrifat. Di sanalah pengetahuan tentang nama ke esaan sempurna.

Nabi saw bersabda, "Allah Yang MahaTinggi memiliki sembilan puluh sembilan nama, siapa mempelajarinya akan masuk surga". Beliau juga bersabda, "Pengetahuan adalah satu. Kemudian orang arif jadikannya seribu ". Ini berarti nama milik Zat hanyalah satu.

 Ia memancar sebagai seribu sifat kepada orang yang menerimanya.
Dua belas nama-nama Ilahi berada di dalam lengkungan sumber pengakuan tauhid "La ilaha illa Llah". Tiap satunya adalah satu dari dua belas huruf dalam kalimat tersebut.

Allah Yang Maha Tinggi mengaruniakan nama masing-masing untuk setiap huruf di dalam perkembangan hati. Setiap satu dari empat alam yang dilalui oleh roh ada tiga nama yang berbeda.

 Allah Yang MahaTinggi dengan cara ini memegang erat hati para pecinta-Nya, dalam kasih sayang-Nya. Firman-Nya:
"Allah tetapkan orang-orang yang beriman dengan kata yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat". (SurahIbrahim, ayat 27).

Kemudian diberikan kepada mereka jarak-Nya. 
Dia sediakan pohon ke esaan di dalam hati mereka, pohon yang akarnya turun ke tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi ke tujuh lapis langit, bahkan meninggi lagi sampai ke arasy dan mungkin lebih tinggi lagi. 

Allah berfirman:
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimat yang baik seperti pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit. (Surah Ibrahim, ayat 24).

Tempat 'roh perpindahan atau roh transisi' adalah di dalam jiwa kepada hati. Alam malaikat berkelanjutan di dalam penyaksiannya. Ia bisa melihat surga alam tersebut, penghuninya, cahayanya dan semua malaikat di dalamnya. 

Kalam 'roh transisi' adalah bahasa alam batin, tanpa huruf tanpa suara. Perhatiannya terus menyentuh soal-soal rahasia-rahasia maksud yang tersembunyi. 
Tempatnya di akhirat ketika kembali adalah surga Na'im, taman kegembiraan karunia Allah.

Tempat 'roh sultan' di mana ia memerintah, adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan roh ini adalah makrifat. Kerjanya adalah mengetahui semua pengetahuan ketuhanan yang menjadi perantara bagi semua ibadah yang sebenarnya diucapkan dalam bahasa hati. 

Nabis.a.w bersabda, 
"Ilmu ada dua bagian. Satu pada lidah, yang membuktikan keberadaan Allah. Satu lagi di dalam hati. Inilah yang perlu untuk menyadarkan tujuan seseorang ". 

Ilmu yang sebenar-benarnya bermanfaat berada di dalam batas kegiatan hati. 

Nabi saw bersabda,
 "Quran yang mulia memiliki makna zahir dan makna batin".
 Allah Yang Maha Tinggi membukakan Quran kepada sepuluh lapis makna yang tersembunyi. 

Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat dari yang sebelumnya karena ia semakin dekat dengan sumber yang sebenarnya. 

Dua belas nama milik Zat Allah adalah umpama dua belas mata air yang memancar dari batu ketika Nabi Musa as menghentamkan batu itu dengan tongkatnya.

"Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, 'Pukullah batu itu dengan tongkat kamu'.Lantas terpancar darinya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap orang itu mengetahui tempat minumnya ". (Surah Baqarah, ayat 60).

Pengetahuan zahir adalah umpama air hujan yang datang dan pergi sementara pengetahuan batin umpama mata air yang tidak pernah kering.

"Dan satu tanda untuk mereka adalah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari biji-bijian, lalu mereka memakannya". (Surah Yaa Sin, ayat 33). 

Allah jadikan satu bijian, sebiji benih dilangit. Benih itu menjadi kekuatan kepada kehewanan dalam diri manusia.Dijadikan-Nya juga sebiji benih di dalam alam roh (alam al-anfus); menjadi sumber kekuatan, makanan roh. 

Bijian itu dijuruskan dengan air dari sumber hikmah. 

Nabi saw bersabda, 
"Jika seseorang menghabiskan empat puluh hari dalam keikhlasan dan kesucian sumber hikmah akan memancar dari hatinya kelidahnya".

Nikmat bagi 'roh sultan adalah kelezatan dan kecintaan yang dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan keelokan,kesempurnaan dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi. 

Firman Allah:
"Dia telah diajarkan oleh yang bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu ia menjelma dengan sempurnanya padahal ia di pihak atas yang paling tinggi. Kemudian ia mendekati dan merapat (kepadanya), maka adalah (rapatnya) itu harga dua busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya apa yang Ia ingin wahyukan. Hatinya tidak mendusta apa yang dia lihat ". (Surah Najmi, ayat 5 - 11).

Nabi saw menggambarkan suasana demikian dengan cara lain, "Yang beriman (yang sejahtera) adalah cermin bagi mukmin (yang sejahtera)". Dalam ayat ini yang sejahtera yang pertama adalah hati orang yang beriman yang sempurna, sementara yang sejahtera kedua itu adalah yang memancar ke hati orang yang beriman itu, tidak lain dari Allah Yang MahaTinggi sendiri. Sebagaimana Allah menyebutkan Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan.

"Dia-lah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia ... Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara segala-galanya". (Surah Hasyr, ayat 23).

Kediaman 'roh sultan' di akhirat adalah surga Firdaus, surga yang tinggi.
Babak saat di mana roh-roh berhenti adalah tempat rahasia yang Allah buatkan untuk Diri-Nya di tengah-tengah hati, di mana Dia simpankan rahasia-Nya (Sirr) untuk disimpan dengan aman. Kondisi roh ini diceritakan oleh Allah melalui utusan-Nya:

"Insan adalah rahasia-Ku dan Aku rahasianya".
Urusannya adalah kebenaran (fakta) yang diperoleh dengan mencapai ke esaan; mencapai ke esaan itulah tuagsnya. 

Ia membawa yang banyak kepada serikat dengan cara terus menerus menyebut nama-nama ke esaan di dalam bahasa rahasia yang suci. Ini bukan bahasa yang berbunyi di luar.
"Dan jika engkau nyaringkan kata, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahasia dan yang lebih tersembunyi".(Surah Ta Ha, ayat 7)

Hanya Allah-Lah yang mendengar bahasa roh suci dan hanya Allah mengetahui keadaannya.
Nikmat bagi roh ini adalah kesaksian terhadap ciptaan Allah yang pertama. 

Apa yang dilihatnya adalah keindahan Allah. Padanya ada kesaksian rahasia. Pandangan dan pendengaran menjadi satu.Tidak ada perbandingan dan tidak ada persamaan tentang apa yang disaksikanya.

Dia menyaksikan sifat Allah, keperkasaan dan kekerasan-Nya sebagai esa dengan keindahan, dan kelembutan serta kemurahan-Nya.

Bila manusia temui tujuannya, tempat kediamannya, bila dia temui akal asbabnya, maka pertimbangan keduniaannya yang memandunya selama ini akan tunduk kepada Perintahnya; hatinya akan merasa gentar bercampur hormat, dan lidahnya terkunci. Dia tidak berupaya menceritakan kondisi tersebut karena Allah tidak menyerupai sesuatu.

Bila apa yang dikatakan di sini sampai ketelinga orang yang berilmu, pertama cobalah memahami tingkat pengetahuannya sendiri. 

Perhatikan kebenaran (fakta) tentang hal-hal yang sudah diketahui sebelum mendongak ke cakrawala yang lebih tinggi, dan sebelum menemukan tingkat an yang baru, semoga mereka memperoleh pengetahuan tentang kehalusan pelaksanaan dari ciptaan Sang Ilahi. 

Dan semoga mereka tidak menyangkal dengan apa yang sudah dikatakan disini, dan sebaliknya semoga mereka menemukan makrifat, dan kebijaksanaannya untuk mencapai kesatuan.

Dan Itulah tujuan dari apa yang sangat diperlukan dan ingin kusampaikan.

Demikianlahuntuk kali ini dan Insya Allah bersambung....>