Jumat, 15 April 2016

ASAL USUL KEJADIAN DICIPTAKANNYA MANUSIA (Adam)

Riwayat Bagai Mana Awal Mula Pengambilan Tanah
Untuk Dijadikan Manusi, (Adam)

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi…
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada
malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil
sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam

Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan
membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam,
karena bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat
berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah
seterusnya

Lalu Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan
bumi masih sama dan selepas itu lalu Allah
memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan
bumi masih tidak beranjak, dan masing-masing kembali
dengan tangan yang hampa.

Kemudian yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun
ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku
tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-
sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau
mundur.

Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas
namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan
perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi
mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail
mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke
hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama
engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan
kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau
mencabut roh manusia.

Olehkarena itu maka khuatirlah Izrail kerana
bimbang takut dibenci oleh umat manusia.

Kemudian Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan
memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku
jadikan kematian mereka itu bersebabkan, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


Lalu Tanah Yang Bagaimanakah Yang Akan Dijadikan?”

Manusi, (Adam)



Dikatakan Tanah Yang Akan Dijadikan Bakal Adam Adalah Sebagai Berikut



1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah Babylon

10. Tanah India

11. Tanah syurga

12. Tanah Tha’if



Kata Ibnu Abbas :



1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di

situlah otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.


2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat

pendengar dan tempat menerima nasihat.


3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud

kepada Allah.


4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias

dan tempat kecantikan.


5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik

perhatian.


6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-

manis.


7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari

nafkah dan kerjasama, sesama manusia.


8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.


9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks

(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan

manusia ke lembah dosa.


10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh

tubuh manusia.


11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan

jalan.


12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah

iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.


13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap

Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.



Lalu Bagaimanakah Bagaimanakah prosesnya :

Diciptakannya?” Manusi, (Adam)


Adalah Sebagai Berikut



1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri

air tawar, air masin, air hanyir, angin, api.


Kemudian Allah

resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan

berbagai macam “sifat”.


2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman

“Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”


3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh

Adam” adalah tanah pilihan.


Maka sebelum dijadikan

patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah,

wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan

dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.


4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-

Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.

Lalu diciptakan

menjadi tubuh Adam yang sempurna.


5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk

kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan,

malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang

terlantar.


Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk

memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh

itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,

sangat baik sekali kulitnya.


Tidak seperti warna kulit kita

sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,

terjadilah perubahan pada warna kulitnya.


 Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah

pada kuku manusia.


Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam,

tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-

merahan.


Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau

liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah

badan letaknya.


Tujuh buah letaknya di kepala :

dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan

sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah :

sebuah liang kemaluan dan liang dubur.



Lalu Bagaimanakah Bagaimanakah proses selanjutnya :

Tentang Diciptakannya?” Manusi, (Adam)



Adalah Sebagai Berikut


Dijadikan pula lima buah pancaindera :



1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa

 halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang

mengambil masa 200 tahun.


Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam

tubuh Adam.

Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk

mencabut nyawa umat manusia.


Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.


Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.


Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.


Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.


Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.


Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang artinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.


Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras.


Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :


”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar.


Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.


Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa

kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


Untuk itu maka Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian.


 Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.
Demiianlah sekelumit kisah tentang penciptaan Adam semoga saja ada manfaatnya Aamiin.ada pun kebenaran yang sesungguhnya hanya Allahlah yang maha tau segalanya, ”Allahuallam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar